Salam.
Pada Khamis 17  Februari yang lalu, bermula jam 8.00 malam bersempena dengan Minggu  Kerohanian Islam 2011 ,  Panitia Pendidikan Islam SMSKP telah  menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 2011.
Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua, Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru Kanan dan sebahagian guru-guru SMSKP serta semua pelajar SMSKP (kecuali pelajar tingkatan 3 yang terlibat dengan program motivasi).

Sambutan ini  diisi dengan acara perarakan, pertandingan banner, selawat dan ceramah  Maulidurrasul. Ianya bermula di Dataran Asrama dengan para pelajar  berhimpun untuk memulakan perarakan dan berakhir di Dewan Bitara diringi  dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.
Kemuncak  sambutan pada malam ini ialah ceramah Maulidurrasul yang di sampaikan  oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Noor bin Salleh dari  Perlis.
 
No comments:
Post a Comment