Saturday, March 31, 2012

Karnival Pendidikan Islam (MTQSS) PKG Kodiang 2012

Sebanyak 4 acara dipertandingkan pada tahun ini dalam Karnival Pendidikan Islam peringkat (MTQSS) PKG Kodiang tahun 2012 iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan dan Nasyid.

Ia bermula jam 2.30 petang dan berakhir sekitar jam 4.00 petang. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Fathily b. Abdul Rahman, Penolong PPD (j-QAF) PPD Kubang Pasu.

Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap acara terutamanya untuk peserta SMS Kubang Pasu yang berjaya mengungguli (Johan) 3 acara iaitu Tilawah (lelaki), Hafazan (lelaki dan perempuan) dan Nasyid serta Naib Johan dalam acara Syarahan (lelaki dan perempuan).

Keputusan ini telah menobatkan SMS Kubang Pasu sebagai Johan Keseluruhan Karnival Pendidikan Islam (MTQSS) PKG Kodiang 2012 (MTQSS) untuk tahun ketiga berturut-turut. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan karnival kali ini, semoga bertemu lagi pada tahun hadapan dengan pengurusan dan penghakiman yang lebih sistematik. Insyaallah.

Berikut senarai penuh pemenang Karnival Pendidikan Islam (MTQSS) Menengah PKG Kodiang 2012

Tilawah al-Quran (Lelaki)
Johan : Mohd Safwan b. Mohd Yusuf - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Iqbal Hanafi b. Rosaidi - SMK Bandar Baru Sintok
Ketiga : Mohd Adam Muhaimin b. Mahayuddin - SMS Tunku Bendahara.

Tilawah al-Quran (Perempuan)
Johan : Siti Nur Yusra Abd Rahman - SMK Tunku Bendahara.
Naib Johan : Asma Zuriah bt Jaafar - SMK Bandar Baru Sintok.
Ketiga : Amira Husni bt Mohd Shukri - SMK Megat Dewa.

Hafazan al-Quran (Lelaki)
Johan : Muhammad Umar Ali b. Baharuddin - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Muhamad Faris Fakhruddin b. Omar - SMK Megat Dewa.
Ketiga : Fawwaz b. Mohd Shariff - SMK Tunku Bendahara.

Hafazan al-Quran (Perempuan)
Johan : Nurul Hidayah bt Abdul Ghaffar - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Nabila bt Naser - SMK Bandar Baru Sintok.
Ketiga : Nor Hasima bt Halim - SMK Megat Dewa.

Syarahan (Lelaki)
Johan : Rafiqi b. Rosli - SMK Tunku Bendahara.
Naib Johan : Muhammad Mustaqim b. Mohd Razali - SMS Kubang Pasu.
Ketiga : Mohd Ikhwan b. Shamsudin - SMK Megat Dewa.

Syarahan (Perempuan)
Johan : Nurul Shafiqah bt. Zulkifli - SMK Megat Dewa.
Naib Johan : Atikah Balqis bt Mohd Razali - SMS Kubang Pasu.
Ketiga : Norhaiza Natasya bt Mokhtar - SMK Bandar Baru Sintok.

Nasyid
Johan : Subulussalam - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Firdausi - SMK Tunku Bendahara.
Ketiga : Al-Kauthar - SMK Bandar Baru Sintok.

entry asal : DI SINI

Tuesday, March 20, 2012

Monday, March 5, 2012

PERINCIAN PERSEKOLAHAN 2012

UJIAN PRESTASI 1


Ujian Prestasi 1 bermula 4 Mac sehingga 6 Mac 2012.
SELAMAT MENJAWAB, SEMOGA MEMPEROLEHI KEJAYAAN YANG CEMERLANG.

6 Mac 2012 - aktiviti kokurikulum dibatalkan, prep seperti biasa. Manafaatkan masa prep dengan sepenuhnya, walaupun ujian telah tamat.

8 Mac CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1 bermula..selamat bercuti.
"Jangan sia-siakan masa cuti dengan mengadap FB sahaja"

Saturday, March 3, 2012

KEJOHANAN ROAD RELAY DAN LARIAN COMEL 2012

Tarikh : 3 Mac 2012
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Astaka SMSKP
Peserta Larian Montel Lelaki 2012

Peserta Larian Montel Puteri 2012

Pelepasan Peserta Road Relay Putera 2012 oleh Tuan Pengetua

Pelepasan Peserta Road Relay Puteri 2012 oleh Pn Hjh Rafeah