Thursday, April 28, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG SMSKP KALI KE-2 2011

Tarikh : 28 April 2011
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan BITARA, SMSKP.

Tuesday, April 5, 2011

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MSSK DAERAH KUBANG PASU 2011

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 4-5 April 2011 bertempat di SMK Tanjung Pauh. SM Sains Kubang Pasu telah menghantar 2 pasukan regu, iaitu 1 pasukan Bawah 15 Tahun dan 1 pasukan Bawah 18 Tahun.


Kedua-dua pasukan berjaya melepasi pusingan pertama, manakala di pusingan kedua, pasukan Bawah 18 Tahun telah tewas kepada pasukan dari SMK Bandar Baru Darulaman. Untuk pasukan Bawah 15 Tahun, pasukan ini menewaskan pasukan dari SBPI Kubang Pasu dan seterusnya layak ke pusingan suku akhir. Namun pada perlawanan suku akhir, pasukan Bawah 15 Tahun telah tewas kepada pasukan dari SMK Tengku Bendahara.

Sunday, April 3, 2011

Karnival Pendidikan Islam Daerah Kubang Pasu 2011

Alhamdulillah selepas berjaya di peringkat PKG tempoh hari, pasukan Nasyid sekolah, perserta Hafazan dan Tilawah lelaki dan Syarahan perempuan menghadapi pertandingan di peringkat daerah yang diadakan di SMK Ayer Hitam pada 2.4.2011 yang lalu.

Sekalung TAHNIAH kepada

  1. Muhammad Aminuddin bin Che Omar (Naib Johan Ujian Hafazan Lelaki)
  2. Mohd Arifkamil bin Omar (Naib Johan Ujian Tilawah Lelaki)
  3. Kumpulan Nasyid Subulussalam (Ketiga)
di atas pencapaian yang membanggakan nama sekolah dan PKG.