Tuesday, April 5, 2011

KEJOHANAN SEPAKTAKRAW MSSK DAERAH KUBANG PASU 2011

Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 4-5 April 2011 bertempat di SMK Tanjung Pauh. SM Sains Kubang Pasu telah menghantar 2 pasukan regu, iaitu 1 pasukan Bawah 15 Tahun dan 1 pasukan Bawah 18 Tahun.


Kedua-dua pasukan berjaya melepasi pusingan pertama, manakala di pusingan kedua, pasukan Bawah 18 Tahun telah tewas kepada pasukan dari SMK Bandar Baru Darulaman. Untuk pasukan Bawah 15 Tahun, pasukan ini menewaskan pasukan dari SBPI Kubang Pasu dan seterusnya layak ke pusingan suku akhir. Namun pada perlawanan suku akhir, pasukan Bawah 15 Tahun telah tewas kepada pasukan dari SMK Tengku Bendahara.

No comments:

Post a Comment