Monday, August 13, 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .

     
MAAF ZAHIR BATIN DARI SEMUA WARGA SMSKP
Titipkan salam buat semua keluarga anda.Semoga anda semua selamat pulang dan kembali semula ke sekolah pada 25 Ogos 2012.

Thursday, June 7, 2012

KEJADIAN RIBUT DI SMSKP

7 Jun 2012 - Satu kejadian ribut telah melanda SM Sains Kubang Pasu pada awal pagi tadi. Kejadian ini telah menyebabkan kerosakan pada bahagian bumbung pada kebanyakan blok-blok bangunan di sekolah.

Tuesday, May 8, 2012

Sunday, April 29, 2012

HARI ANUGERAH CEMERLANG KEDUA TAHUN 2012

Tarikh : 29 April 2012
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dewan Bitara, SMSKP

Saturday, March 31, 2012

Karnival Pendidikan Islam (MTQSS) PKG Kodiang 2012

Sebanyak 4 acara dipertandingkan pada tahun ini dalam Karnival Pendidikan Islam peringkat (MTQSS) PKG Kodiang tahun 2012 iaitu Tilawah al-Quran, Hafazan, Syarahan dan Nasyid.

Ia bermula jam 2.30 petang dan berakhir sekitar jam 4.00 petang. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ustaz Fathily b. Abdul Rahman, Penolong PPD (j-QAF) PPD Kubang Pasu.

Tahniah kepada semua pemenang bagi setiap acara terutamanya untuk peserta SMS Kubang Pasu yang berjaya mengungguli (Johan) 3 acara iaitu Tilawah (lelaki), Hafazan (lelaki dan perempuan) dan Nasyid serta Naib Johan dalam acara Syarahan (lelaki dan perempuan).

Keputusan ini telah menobatkan SMS Kubang Pasu sebagai Johan Keseluruhan Karnival Pendidikan Islam (MTQSS) PKG Kodiang 2012 (MTQSS) untuk tahun ketiga berturut-turut. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada semua yang menjayakan karnival kali ini, semoga bertemu lagi pada tahun hadapan dengan pengurusan dan penghakiman yang lebih sistematik. Insyaallah.

Berikut senarai penuh pemenang Karnival Pendidikan Islam (MTQSS) Menengah PKG Kodiang 2012

Tilawah al-Quran (Lelaki)
Johan : Mohd Safwan b. Mohd Yusuf - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Iqbal Hanafi b. Rosaidi - SMK Bandar Baru Sintok
Ketiga : Mohd Adam Muhaimin b. Mahayuddin - SMS Tunku Bendahara.

Tilawah al-Quran (Perempuan)
Johan : Siti Nur Yusra Abd Rahman - SMK Tunku Bendahara.
Naib Johan : Asma Zuriah bt Jaafar - SMK Bandar Baru Sintok.
Ketiga : Amira Husni bt Mohd Shukri - SMK Megat Dewa.

Hafazan al-Quran (Lelaki)
Johan : Muhammad Umar Ali b. Baharuddin - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Muhamad Faris Fakhruddin b. Omar - SMK Megat Dewa.
Ketiga : Fawwaz b. Mohd Shariff - SMK Tunku Bendahara.

Hafazan al-Quran (Perempuan)
Johan : Nurul Hidayah bt Abdul Ghaffar - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Nabila bt Naser - SMK Bandar Baru Sintok.
Ketiga : Nor Hasima bt Halim - SMK Megat Dewa.

Syarahan (Lelaki)
Johan : Rafiqi b. Rosli - SMK Tunku Bendahara.
Naib Johan : Muhammad Mustaqim b. Mohd Razali - SMS Kubang Pasu.
Ketiga : Mohd Ikhwan b. Shamsudin - SMK Megat Dewa.

Syarahan (Perempuan)
Johan : Nurul Shafiqah bt. Zulkifli - SMK Megat Dewa.
Naib Johan : Atikah Balqis bt Mohd Razali - SMS Kubang Pasu.
Ketiga : Norhaiza Natasya bt Mokhtar - SMK Bandar Baru Sintok.

Nasyid
Johan : Subulussalam - SMS Kubang Pasu.
Naib Johan : Firdausi - SMK Tunku Bendahara.
Ketiga : Al-Kauthar - SMK Bandar Baru Sintok.

entry asal : DI SINI

Tuesday, March 20, 2012