Sunday, April 3, 2011

Karnival Pendidikan Islam Daerah Kubang Pasu 2011

Alhamdulillah selepas berjaya di peringkat PKG tempoh hari, pasukan Nasyid sekolah, perserta Hafazan dan Tilawah lelaki dan Syarahan perempuan menghadapi pertandingan di peringkat daerah yang diadakan di SMK Ayer Hitam pada 2.4.2011 yang lalu.

Sekalung TAHNIAH kepada

  1. Muhammad Aminuddin bin Che Omar (Naib Johan Ujian Hafazan Lelaki)
  2. Mohd Arifkamil bin Omar (Naib Johan Ujian Tilawah Lelaki)
  3. Kumpulan Nasyid Subulussalam (Ketiga)
di atas pencapaian yang membanggakan nama sekolah dan PKG.


Friday, March 25, 2011

Karnival Pendidikan Islam PKG Kodiang 2011 / 1432 H


Salam.

Acara tahunan PKG pada kali ini julung kalinya diadakan di SMSKP pada 24 Mac 2011 yang lalu. Sebagai tuan rumah dan berstatus SBP, ianya sedikit memberi tekanan kepada GPI SMSKP dan para pelajar (peserta) untuk merealisasikan impian sekolah, iaitu mengekalkan piala pusingan Johan PKG Kodiang di SMSKP.

Alhamdulillah apabila keputusan diumumkan, SMSKP berjaya mengekalkan prestasi pada tahun lepas dengan menjadi Johan dalam 4 acara (Tilawah (L), Syarahan (P), Hafazan (L), Nasyid : Naib Johan 1 acara (Syarahan (L) dan Ketiga 1 acara TTilawah (P) .

Tahniah buat semua warga SMSKP.

KEPUTUSAN PENUH :

TILAWAH (L)
  1. MOHD ARIFKAMIL OMAR - SMSKP
  2. MOHD AL-AMIN AH.ZAILANI - SMKMD
  3. MOHD HAMIRUN RODZI - SMKTB

TILAWAH (P)
  1. SITI NUR YUSRA ABDUL RAHMAN - SMKTB
  2. AMIRA HUSNI MOHD SYUKRI - SMKMD
  3. NURUL NAJLA' MUHAMMAD ASSRI - SMSKP

HAFAZAN (L)
  1. MUHAMMAD AMINUDDIN CHE OMAR -SMSKP
  2. MOHD KHAIRUL IFWAT JAMRI - SMKMD
  3. MOHD FIRDAUS MOHAMAD - SMKBBBKH

HAFAZAN (P)
  1. NUR FARAHIM ABD RAHIM - SMKTB
  2. NABILA BASER - SMKBBS
  3. NOR DALILA ISMAIL - SMKMD

SYARAHAN (L)
  1. MUHAMMAD HAKIMIN SHAFIE - SMKBBS
  2. MUHAMMAD SYAHRUL ASYRAF MD ROPI - SMSKP
  3. BAZLISHAH IZZAT BAHARI - SMKMD

SYARAHAN (P)
  1. NUR AFZAN IZZANI AZHAR - SMSKP
  2. NUR AFINI MOHD LATFEE - SMKBBS
  3. NOR ATIKA REJAB - SMKBBBKH

NASYID
  1. SUBULUSSALAM - SMSKP
  2. AL-KAUTHAR - SMKBBS
  3. AL-FIRDAUSI - SMKTB

Selamat berjuang diperingkat daerah 2 April ini di SMK Ayer Hitam. Semoga Berjaya.

sumber : http://paisainskp.blogspot.com

Tuesday, March 22, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010 - 23 MAC 2011


9 pelajar Kedah peroleh gred cemerlang tertinggi A+
ALOR SETAR 23 Mac - Sembilan pelajar di negeri ini berjaya meraih gred cemerlang tertinggi A+ dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 yang diumumkan hari ini.
Pengarah Pelajaran negeri, Abdullah Saad berkata, tiga sekolah berjaya mencatat kelulusan 100 peratus iaitu Sekolah Berasrama Penuh Kubang Pasu, Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.
"Sebanyak 59 mata pelajaran mencatatkan kelulusan 100 peratus berbanding 55 mata pelajaran pada 2009.
"Seramai 31,761 orang calon layak mendapat sijil dan peratus pencapaian Kedah ialah 49 peratus serta meningkat 2.91 peratus daripada 46.09 peratus tahun lalu," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Menurutnya, 36,548 pelajar menduduki SPM 2010 dan seramai 451 calon berjaya memperoleh Gred Cemerlang (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.
Tambahnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan 43 orang berbanding 408 pada keputusan SPM 2009.
"Gred purata keseluruhan SPM Negeri Kedah 2010 ialah 5.392 berbanding 5.560 pada tahun 2009.
"Sebanyak 11 buah sekolah berjaya mencapai gred purata antara 0.0 hingga 3.0," katanya.
Jelas Abdullah, sebahagian besar sekolah di Kedah berada dalam kategori sekolah cemerlang, baik dan memuaskan.
"Sekolah berpotensi hanya lima buah sahaja dan ini menggambarkan tahap pencapaian sekolah semakin meningkat ke arah berprestasi tinggi," jelasnya.

Saturday, March 19, 2011

SPM 2010 RESULTS OUT ON MARCH 23

2011/03/10 -NST

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23. Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.

Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.

There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released.

Monday, February 28, 2011

Futsal : SMS Kubang Pasu VS SMK Tuanku Syed Sirajudddin

Dalam kesibukan tugasan di sekolah, BKGK SMSKP sempat mengadakan satu perlawanan persahabatan futsal dengan SMK Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis pada 28 Februari 2011 (bermula jam 9.00 malam).

Perlawanan yang diadakan di gelanggang futsal di Jejawi itu telah disertai oleh beberapa orang guru SMSKP dan SMKSS termasuk Tuan Pengetua, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim.

Perlawanan ini adalah kesinambungan dari perlawanan-perlawanan futsal yang telah diadakan pada tahun lepas antaranya dengan SMK Megat Dewa dan SBP Integrasi Kubang Pasu, di mana guru-guru SMSKP menunjukkan satu komitmen yang tinggi untuk menyaingi lawan sekaligus memenangi perlawanan-perlawanan yang diatur. Tahniah.

Saturday, February 26, 2011

PELANCARAN KARNIVAL MBMMBI 2011

Tarikh : 22 Februari 2011
Masa : 8.30pagi
Tempat DEWAN BITARA, SMSKP