Saturday, July 30, 2011

Amali Sembelihan dan Majlis Tautan Mahabbah 2011

Salam.

Amali Sembelihan yang diadakan 25 Julai 2011 yang lalu adalah salah satu dari program-program anjuran Panitia Pendidikan Islam SMSKP. Ianya melibatkan sejumlah 97 orang pelajar-pelajar lelaki dari tingkatan 4 dan 5. Mereka dipertanggungjawabkan untuk menyembelih 98 ekor ayam dengan mematuhi tuntutan syarak.

Program yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua Cemerlang SMSKP, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim ini, dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Ketua Panitia Pendidikan Islam, Ustaz Mohd Yusfadzillah Mohd Yusoff selaku penyelaras program tentang tatacara dan pematuhan dalam penyembelihan halal secara Islam.

Amali sembelihan dimulakan dengan 'penyembelihan perasmian' dari Tuan Pengetua Cemerlang SMSKP yang sudi melapangkan masa walaupun pada masa yang sama terpaksa menghadiri mesyuarat.

Kemeriahan majlis disusuli pula dengan acara makan durian, rambutan dan buah jentik-jentik dan paling mengujakan berkendurikan seekor lembu untuk santapan tengahari warga SMSKP.

Tahniah, syabas dan terima kasih diucapkan kepada semua warga SMSKP yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Syukran jazilan!

taklimat oleh penyelaras amali sembelihan

fruits fiesta

guru2 dan pelajar2 berganding bahu menyiapkan bahan juadah

mengelas ayam yang sah dan tidak

lembu yang 'direbahkan' akhirnya menjadi sup

penyembelihan perasmian oleh Tuan Pengetua

guru2 menikmati juadah