Monday, February 28, 2011

Futsal : SMS Kubang Pasu VS SMK Tuanku Syed Sirajudddin

Dalam kesibukan tugasan di sekolah, BKGK SMSKP sempat mengadakan satu perlawanan persahabatan futsal dengan SMK Tuanku Syed Sirajuddin, Arau, Perlis pada 28 Februari 2011 (bermula jam 9.00 malam).

Perlawanan yang diadakan di gelanggang futsal di Jejawi itu telah disertai oleh beberapa orang guru SMSKP dan SMKSS termasuk Tuan Pengetua, Tuan Haji Ismail bin Ibrahim.

Perlawanan ini adalah kesinambungan dari perlawanan-perlawanan futsal yang telah diadakan pada tahun lepas antaranya dengan SMK Megat Dewa dan SBP Integrasi Kubang Pasu, di mana guru-guru SMSKP menunjukkan satu komitmen yang tinggi untuk menyaingi lawan sekaligus memenangi perlawanan-perlawanan yang diatur. Tahniah.

Saturday, February 26, 2011

PELANCARAN KARNIVAL MBMMBI 2011

Tarikh : 22 Februari 2011
Masa : 8.30pagi
Tempat DEWAN BITARA, SMSKP

Wednesday, February 23, 2011

Sambutan Maulidurrasul 1432 H

Salam.

Pada Khamis 17 Februari yang lalu, bermula jam 8.00 malam bersempena dengan Minggu Kerohanian Islam 2011 , Panitia Pendidikan Islam SMSKP telah menganjurkan Sambutan Maulidurrasul 2011.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Tuan Pengetua, Penolong-Penolong Kanan, Guru-guru Kanan dan sebahagian guru-guru SMSKP serta semua pelajar SMSKP (kecuali pelajar tingkatan 3 yang terlibat dengan program motivasi).

Sambutan ini diisi dengan acara perarakan, pertandingan banner, selawat dan ceramah Maulidurrasul. Ianya bermula di Dataran Asrama dengan para pelajar berhimpun untuk memulakan perarakan dan berakhir di Dewan Bitara diringi dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.

Kemuncak sambutan pada malam ini ialah ceramah Maulidurrasul yang di sampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Mohamad Noor bin Salleh dari Perlis.





Sunday, February 20, 2011

Pelancaran Minggu Kerohanian Islam 2011

Salam.

Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama BADAR telah menganjurkan program pertama pada tahun ini iaitu Minggu Kerohanian SMKP. Pada tahun 2011 ini Minggu Kerohanian telah diisi dengan program-program yang berorientasikan pertandingan.

Program ini dikhususkan dan dinamakan Ihtifal Kesenian Islam. Ini adalah bertujuan untuk menepati perancangan panitia sebagai langkah persedian untuk menghadapi pertandingan peringkat zon dan daerah (dijangka Mac nanti) disamping mengenalpasti bakat-bakat yang ada pada para pelajar untuk mewakili sekolah.

Program ini telah selamat dan jayanya dilancarkan oleh Tuan Haji Ismail bin Ibrahim Pengetua Cemerlang SMSKP pada Ahad yang lepas (13 Februari). Ihtifal Kesenian Islam 2011 menawarkan 11 pertandingan iaitu azan, tulisan jawi, khat, kuiz Maulidurrasul, tilawah al-Quran, sajak, marhaban, hafazan, nasyid, syarahan, perarakan maulidurrasul dan pertandingan banner ini akan berlangsung selama seminggu bermula 13 hingga 17 Februari.

Diharap para pelajar mengambil peluang melibatkan diri dalam pertandingan-pertandingan yang dianjurkan.

Wassalam



BANNER DENGAN MOTTO "MELAHIRKAN MUJADDID SYUMUL"


GIMIK PERASMIAN OLEH TUAN PENGETUA


PROMO PERTANDINGAN SAJAK


PROMO PERTANDINGAN MARHABAN


PROMO AZAN


PENGGERAK DIBELAKANG TABIR

sumber : Persatuan Pendidikan Islam @ http://paisainskp.blogspot.com

Monday, February 7, 2011

MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 4 SMSKP TAHUN 2011

Tarikh : 7 Februari 2011
Masa : 8.30pagi
Tempat : Dewan Bitara, SMSKP

Wednesday, February 2, 2011

MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK BERSAMA-SAMA WARIS CALON PMR DAN SPM 2011

Tarikh : 1 Februari 2011
Masa : 8.30pg
Tempat DEWAN BITARA, SMSKP